Monday 30 June 2014

Puasa hari pertama saya.

Bunga Ros Kembang Mekar di Taman kami,
Semalam kuncup, hari ini sungguh cantik Berseri,
Salam Ramadhan Kareem dari Italy,
Selamat Berterawikh, Bersahur dan Berpuasa buat teman-teman di hati.


Ikhlas dari kami.
Nawrah & Ainul min Italy.
29 Jun 2014M / 1 Ramadhan 1435H 


Hari ini sembang-sembang dengan ummi kat dapur.

Nawrah: "Ummi, jom kita pergi pasar ramadan."
Ummi: "Hahahaha."
Nawrah: "Kenapa ummi gelak?"
Ummi: "Nawrah, kita ada di mana sekarang, nak?"

Rupa-rupanya saya di Camerino. hihi
Alhamdulillah, hari ini saya berjaya puasa sepenuh hari.
17-18 jam puasa di sini.
dari 3.13 pagi hingga 8.51 malam.
Adik saya Naufal puasa juga, tapi dia buka puasa pukul 6.30 petang. Sebab dia kata dia sakit perut.





Gambar ini saja saya letak, sebab saya suka sangat tengok adik-adik saya. Ummi saya kata ini gambar Ramadhan Tahun lepas.
Ciao Muhammad. Comel kan Muhammad? hihi.

I love my Family, I love my God & I love  my Rasulullah.

Monday 23 June 2014

Selamat tinggal Ashi.

Assalamualaikum kawan kawan. Hari ini saya  nak cerita tengtang semalam. Cuba lihat dalam gambar , yang mana satu saya ?
Di belakang saya ialah uncle Amin ,
 auntie Rabie , auntie daizy , Ashi , Ummi , Abah , Ainul , Muhammad dan Nawrah.
 
Seronok nya main dengan Ashi. Tapi  Ashi dah nak balik kampong dia di India. semalam kami makan tengahari bersama - sama. Ummi saya masak sedap - sedap untok mama dan papa Ashi. Mereka kawan baik ummi dan abah saya. Ummi saya  masak  nasi minyak , kari ayam , sayor kacang , ayam goreng dan buah tembikai susu.




Sebelom Ashi   balik ,  kami seronok bergambar bersama.

Before Ashi go back home, we take pictures together.
Have a safe journey to Austria and India, Ashi, Auntie Daizy and Uncle Santosh. We will miss you!

I love my Family, I love my God & I love  my Rasulullah. 

Friday 20 June 2014

Kami di Scavi Di Pompei (20 April 2014)


Hari ini giliran Naufal tulis. Dulu Naufal pergi Pompei. Naufal pergi dengan Abah, Ummi, Nawrah, Ainul, dan  Muhammad. Di situ seronok. Cuaca hari itu sangat panas.
Today is Naufal's turn to write. Last time, Naufal went to the Ruin of Pompei. Naufal went there with Abah, Ummi, Nawrah, Ainul and Muhammad. We are happy there. The weather is tool hot.


Ini pintu masuk Pompei.
This is the entrance of Pompei.


Ini bilik kami. Sebelum pergi Pompei saya makan dulu. Saya makan roti, kek,, coklat, biskut, dan air.
This is our room. Before start our trip, I take a breakfast first. I ate bread, cake, chocolate, biscuits and water.




Ini pintu masuk gerbang rumah kami.
This is the entrance of our hostels.

Nota Ummi saya: Jika mahu melihat gambar-gambar penuh kami di Pompei, Italy, boleh tekan link ini. Kami bahagia dapat berkongsi dengan kawan-kawan semua. Bismillah..: Journey to the Ruin of Pompei, Italy

Wednesday 18 June 2014

My family is beautiful.


Assalamualaikum. Saya suka melihat gambar ini. Saya terjumpa dalam blog Ummi saya. Ummi saya kata gambar ini semasa Abah saya Konvo  Master. Ummi saya cantik. Abah saya hensem dan saya comel.


Mi piace guardare quello foto. Perche la mia famiglia e' bella. Io trovare dentro la mia mamma blog. La mia Mamma e' bella , il mio Papa e bello e io sono carina. Tutti sono belli.

I love my Family & I love my God & I love  my Rasulullah.

Tuesday 17 June 2014

Tullisan pertama saya.


 Gambar diambil pada 17 jun 2014: bunga kami masih kuncup

Alhamdulillah.  Makin besar bunga saya. Itu adik saya; yang tengah ialah Ainul, yang kanan ialah Naufal, dan yang kiri itu lah saya. Allahu Akbar semuanya senyum.

Alhamdulillah. La mia fiore e' grande. Quello la mia sorella e il mio fratello. Si chiama Ainul e Naufal..
Allahu Akbar Tutti felice. I love my God & I love my Family & I love my Rasulullah.

Gambar di ambil pada  27 Jun 2014: bunga ros kami sudah kembang